Tuesday 4 October 2011

Keusahawanan Dari Perspektif Islam

Definisi


Keusahawanan ialah mana-mana aktiviti pekerjaan yang diusahakan secara perniagaan sama ada menghasilkan barangan atau memberi perkhidmatan bagi memperoleh rezeki yang halal dengan cara yang tidak bertentangan dengan syarak. Keusahawanan Islam merupakan proses pencarian, pengembelingan dan pemanfaatan kurniaan Allah untuk kepentingan diri, ummah dan makhluk Allah yang lain sebagaimana yang digariskan di dalam al-Quran dan Sunnah.

Sejarah Keusahawanan Islam

Untuk pengetahuan sahabat-sahabat dan pengunjung blog Anjal Dinamik Enterprise, Rasulullah s.a.w sendiri adalah usahawan berjaya sebelum diutus menjadi Rasul. Bukan itu sahaja, isteri Rasulullah s.a.w iaitu Saidatina Khadijah juga merupakan seorang ahli perniagaan yang sangat berjaya pada ketika itu. Sahabat-sahabat Baginda Rasulullah s.a.w juga telah menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Mereka bukan sahaja membuka perniagaan di dalam negara malah ke peringkat antarabangsa.
Sebagai agama yang mementingkan kesejahteraan dunia dan akhirat, Islam memandang tinggi kepada aktiviyti keusahawanan.
Sabda rasulullah s.a.w; "Sesungguhnya 9/10 daripada sumber rezeki manusia terdapat di dalam perniagaan"
Allah juga ada berfirman di dalam Surah al-Baqarah ayat 275 bahawa Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.

Konsep

Konsep Kesyumulan dalam Islam menjadikan keusahawanan sebagai elemen yang tidak terpisah dari Islam. Justeru, keusahawanan perlu seiring dengan sistem Islam supaya kegiatannya tidak terasing daripada kewajipan-kewajipan lain dalam Islam. Keusahawanan adalah kerjaya yang dituntut oleh Islam kerana ia menyumbang kepada sumber rezeki individu dan keluarga dalam menyara kehidupan di dunia ini. Selain itu, melalui aktiviti keusahawanan yang memberi dan menyediakan barangan dan perkhidmatan untuk manfaat masyarakat, usahawan dapat memenuhi tututan fadhu kifayah iaitu kewajipan dan tanggungjawab terhadap masyarakat. Dengan niat dan cara yang diredhai Allah, keusahawanan menjadi satu cabang ibadat dan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah.

Konsep Peranan Manusia sebagai Khalifah di Dunia sangat penting diaplikasikan dalam keusahawanan Islam. Aktiviti -aktiviti usahawan harus mampu menyumbang kepada kebaikan dan kemakmuran masyarakat  untuk memaju dan memakmurkan dunia.

Konsep Harta Sebagai Amanah. Rezeki dan rahmat yang dikurniakan Allah adalah semata-mata amanah Allah untuk diuruskan dengan baik demi kesejahteraan diri, keluarga, pekerja dan masyarakat. sebagai contohnya, setiap umat Islam perlu menguruska dan hartanya untuk zakat, sedekah, wakaf dan lain-lain.
Seseorang itu berjaya bukan semata-mata kerana mempunyai ciri-ciri yang sesuai dengan bidang yyang diceburi, tetapi juga kerana disertai restu dan kehendak Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Kita tidak boleh takbur. Semakin besar keuntungan semakin besar amanah. Keupayaan mengatasi cubaan dan godaan hasil dari kejayaan dan kekayaan seharusnya meningkatkan lagi ketaqwaan kepada Allah.   Dalam erti kata lain, keimanan kita diuji dengan berbagai cara.

No comments:

Post a Comment